RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru 
 | 
  
: 
 | 
  
RABISAH UGUN 
 | 
 |
Subjek 
 | 
  
: 
 | 
  
BAHASA MELAYU TAHUN 5 
 | 
 |
Kelas 
 | 
  
: 
 | 
  
5 CEMERLANG 
 | 
 |
Kehadiran 
 | 
  
: 
 | 
  
26 / 26 ORANG 
 | 
 |
Masa/Durasi 
 | 
  
: 
 | 
  
1130 – 1210 / 40 MINIT 
 | 
 |
Tempat 
 | 
  
: 
 | 
  
MAKMAL KOMPUTER 
 | 
 |
Fokus 
 | 
  
: 
 | 
  
NYAMUK 
 | 
 |
Tema 
 | 
  
: 
 | 
  
SUKAN DAN KESIHATAN 
 | 
 |
Tajuk 
 | 
  
: 
 | 
  
KITARAN HIDUP NYAMUK AEDES DAN
  NYAMUK TIRUK 
 | 
 |
Pengenalan 
 | 
  
: 
 | 
  
Penggunaan perpustakaan, pusat sumber, dan komputer sangatlah
  digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan
  seperti akhbar, majalah, buku rujukan,kamus, bahan daripada Internet,
  perisian kursus serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan
  dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan luas. 
 | 
 |
FokusUtama 
 | 
  
: 
 | 
  
8.5 Aras 3(i) Menulis karangan yang lengkap menepati ciri-ciri wacana
  yang 
baik. 
 | 
 |
FokusSampingan 
 | 
  
: 
 | 
  
5.1 Aras 1(i)Membaca perkataan, frasa dan ayat yang
  mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang
  betul 
 | 
 |
Objektif 
 | 
  
: 
 | 
  
Di akhir pembelajaran ini, murid-murid akan dapat: 
1.      Menghubungkaitkan nyamuk
  aedes dengan nyamuk tiruk dengan menggunakan penanda wacana 
2.      Menerangkan kitaran hidup
  dan penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes dan nyamuk tiruk 
 | 
 |
Evidens 
 | 
  
: 
 | 
  
Lembaran kerja 
 | 
 |
P Sedia Ada  
 | 
  
: 
 | 
  
Murid mengetahui
  kitaran hidup 
Murid tahu melayari
  internet 
 | 
 |
Sistem Bahasa 
 | 
  
: 
 | 
  
Kosa
  Kata    : Denggi, Malaria 
Tatabahasa :
  Nyamuk aedes, nyamuk tiruk 
 | 
 |
Nilai Murni 
 | 
  
: 
 | 
  
Berdisiplin dan
  berpengetahuan am 
 | 
 |
Media Pengajaran 
 | 
  
: 
 | 
  
Microsoft
  Office PowerPoint, Microsoft Office Word, Google Search Engine, lembaran kerja
  dan Hot Potatoes 
 | 
 |
EMK 
 | 
  
:  
 | 
  
Sains –
  kitar hidup organisma 
          - 
  penyakit bawaan nyamuk 
 | 
 |
KBT 
 | 
  
: 
 | 
  
Menghubungkait
  dan merumus 
 | 
 |
Pentaksiran 
 | 
  
: 
 | 
  
Formatif 
 | 
 |
Aktiviti 
 | 
  
Strategi PnP 
 | 
  
Nota 
 | 
 |
1. Murid mengimbas
  tajuk pelajaran kitar hidup organisma 
 | 
  
Menjana idea 
Pengetahuan Sedia
  Ada 
Hot Potatoes
  (Suai Padan) 
 | 
  
Mengimbas dan
  menyuaipadan kitar hidup rama-rama 
 | 
 |
2. Murid menghubungkait
  kitar hidup organisma dengan tajuk pelajaran 
 | 
  
Responsif 
 | 
  
Kitar hidup nyamuk
  dan penyakitbawaannya (secara  am) 
 | 
 |
3. Murid membaca
  petikan 
 | 
  
Sebutan dan intonasi
  yang sesuai 
Bacaan ramai 
 | 
  
Petikan pada
  buku teks BM halaman 66 bertajuk Nyamuk Aedes dan Nyamuk Tiruk 
 | 
 |
4. Guru
  bersoal jawab dengan murid tentang mesej yang terkandung pada petikan 
 | 
  
EMK 
Microsoft
  Word 
KBT -
  Menghubungkait 
 | 
  
1.      Nyatakan mesej petikan 
2.      Di manakah nyamuk aedes dan
  nyamuk tiruk membiak? 
 | 
 |
5. Guru
  membimbing murid menulis satu rencana tentang nyamuk aedes atau nyamuk tiruk 
 | 
  
Kosa kata 
Tatabahasa 
Ganjaran
  rencana terbaik 
 | 
  
Memastikan murid
  menggunakan penanda wacana yang sesuai 
 | 
 |
6. Guru membimbing murid mendapatkan
  maklumat lanjut tentang penyakit yang berpunca daripada nyamuk 
 | 
  
Google
  Search Engine 
KBT -
  merumus 
 | 
  
Murid secara
  berpasangan menggunakan pelayar internet Google dengan menaip kata kunci yang
  diberikan 
 | 
 |
7.
  Pentaksiran 
 | 
  
Nilai murni 
 | 
  
Lembaran kerja 
 | 
 |
Penilaian 
 | 
  
: 
 | 
  
Lembaran kerja 
 | 
 |
Pemulihan 
 | 
  
: 
 | 
  
Murid membaca
  petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul 
 | 
 |
Pengayaan 
 | 
  
: 
 | 
  
Murid menepuk
  detik lagu kegemaran 
 | 
 |
Refleksi 
 | 
  
: 
 | 
  
Alhamdulillah,
  pengajaran dan pembelajaran BM Tahun 5 hari ini berjalan seperti yang
  dirancang. Murid-murid sejak awal pengajaran dan pembelajaran memberikan
  respons yang baik terhadap setiap stimuli yang diberikan. Kawalan disiplin
  murid semasa masuk ke dalam makmal computer sedikit longgar dimana murid
  masuk tidak beratur dan membuat bising. Murid juga terus menghidupkan
  komputer tanpa arahan. Situasi ini diatasi dengan memberi arahan tegas dan
  jelas tentang peraturan makmal computer yang perlu dipatuhi oleh semua murid
  ketika berada di dalamnya. Makmal computer yang bersih dan sedia untuk
  digunakan sedikit sebanyak memberi kesan positif terhadap mood murid. Namun,
  suasana makmal komputer sekolah yang sedikit gelap di bahagian belakang kerana
  kerosakan pendawaian lampu elektrik telah menyebabkan murid memilih
  mengendalikan komputer di kawasan yang lebih terang. Murid diarahkan duduk
  secara berpasangan dan setiap computer dikongsi berdua. Proses pengajaran dan
  pembelajaran dimulakan dengan sedikit mukaddimah tentang tajuk pelajaran dan
  fokus utama dan fokus sampingan. dengan menggunakan aplikasi paparan
  multimedia Microsoft PowerPoint, murid 5 Cemerlang mengambil masa 12 minit
  untuk aktiviti Set Induksi kerana link kepada Suai Padan (Hot Potatoes)
  mengeluarkan notifikasi admin. Link itu kemudian dinafikan oleh Internet
  Explorer. Juruteknik makmal mengambil langkah pantas untuk nyah-periksa
  notifikasi tersebut satu per satu komputer. Masalah tersebut kemudian dapat diatasi
  dengan pantas. Murid kemudian bersoal-jawab dengan guru tentang hubungkait
  aktiviti suai padan dengan tajuk pelajaran. Sesi hubungkait ini berlangsung
  ringkas dan padat bagi menjimatkan masa yang terhad. Pada aktiviti 1 iaitu sesi
  membaca petikan, saya sebagai guru mengingatkan murid agar membaca dengan
  sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai. Bacaan teks halaman 66 oleh
  murid yang bertajuk ‘Nyamuk aedes dan nyamuk tiruk’ menepati kehendak dan
  mencapai standard yang saya inginkan. Tahniah! Aktiviti bacaan kemudian
  disusuli dengan sesi soal jawab saya dengan murid berkenaan teks yang dibaca.
  Rancangan saya pada awalnya adalah setiap pasangan murid perlu menaip 3 buah
  mesej yang terkandung di dalam teks petikan. Rata-rata murid dapat menyatakan
  dengan tepat 3 buah mesej yang terkandung. Akan tetapi halangan muncul
  apabila segelintir murid lambat untuk menaip dapatan mesej tersebut di dalam
  paparan PowerPoint kerana lemah literasi menaip. Saya mengambil peluang untuk
  membimbing murid tersebut cara-cara untuk menaip jawapan di dalam aplikasi
  tersebut. 
Sesi kedua
  pula adalah berkenaan pembinaan sebuah rencana ringkas berkenaan nyamuk aedes
  dan nyamuk tiruk. Penerangan dan penegasan tentang penggunaan penanda wacana
  saya terangkan dengan jelas dan berperingkat. Murid memberi respons yang baik
  dan mula membuka link Microsoft Word untuk menaip rencana. Link tersebut
  telah saya sediakan dengan cukup cantik dimana kekotak teks telah disediakan
  berserta ruang nama dan kelas. Tajuk rencana juga telah disediakan berserta
  footer dan header. Murid sepanjang sesi menaip banyak bertanya dan meminta
  bimbingan. Terdapat 3 pasangan yang memerlukan masa yang panjang untuk mula
  menaip. Saya memberi buah idea kepada mereka dengan memberi ayat pemula
  rencana mereka. Rata-rata menyiapkan rencana dengan baik. Rencana terbaik
  disimpan dan dicetak sebagai ganjaran kepada murid. Sesi kedua selesai tepat
  pada masanya. Tahniah! 
 | 
 |
Refleksi yang lengkap...tapi larat ka tulis setiap hari?
BalasPadam